Friday, 1 August 2014

PUBLIC SPEAKING MASTER 16

Puan Ainon mengingatkan ada dua bisnes
1.Bisnes training
2.Bisnes Speaking

1. BISNES SPEAKING
Merupakan Dunia ceramah.

Tujuannya adalah untuk menyampaikan maklumat , memberikan kesedaran, membuka luas minda, memberikan dorongan, menyajikan tip dan petua, berkongsi cerita dan pengalaman.

Ia adalah transformasi pengetahuan.

2. BISNES TRAINING
Merupakan Dunia latihan.i

Trainer perlu mempunyai kemahiran untuk bercakap di hadapan khalayak. Perlu latih dan
 Buat berulang kali agar kemahiran itu melekat dalam diri.


Ada dua industri yang sangat berbeza produk dan pasarannya.

1. Industri Training
pelanggan korporat membeli modul training. Mereka memindahkan skill kepada Trainee.

2. Industri Speaking.

orang korporat tidak membeli ceramah.

penceramah menyampaikan ceramah tazkirah dan kuliah. Matlamat ceramah adalah untuk memberi kesedaran.

Apabila bercakap perlu menggunakan bahasa laras tinggi. Ini menjadikan seseorang yang bercakap di persepsi kan sebagai seorang yang karismatik, berkelulusan tinggi dan katanya boleh dipercayai.

Laras bahasa rendah adalah
1.Bahasa bercampur campur
2. Nahu yang salah
3. Ayat patah patah
4.Istilah tidak tepat
5.Sebutan tidak jelas
6.Tidak fasih
7. Bahasa tidak betul

Kata Puan Ainon lagi seni bercakap di khalayak sangat penting walaupun beliau tidak suka bercakap

Semenjak saya membaca buku itu, saya berlatih bercakap dengan menggunakan strategi dan teknik yang betul.

Sebenarnya saya tidak suka berdiri dan bercakap di depan khalayak. 


Namun, sebahagian daripada tugas orang yang berjaya adalah dia kena bercakap di depan khalayak.

Jadi, saya pun belajar bercakap di depan khalayak.

No comments:

Post a Comment