Apakah tuan sudah memulakan bisnes?
+ Dalam Fasa 1, objektif semua aktiviti bisnes kita adalah SURVIVAL.
Fasa ini mengambil masa 3 tahun. Statistik menunjukkan 93% bisnes tutup dalam tempoh ini.
Ini fasa ikat perut. Ini fasa terhantuk ke dinding. Ini fasa ada rakan-kongsi meninggalkan kita.
Dalam fasa kita menge-test BMC. Membetulkan BMC. Membuang BMC yang ada. Membuat BMC baru.
.
+ Dalam Fasa 2, kita berjaya survive!
Fasa ini adalah antara tahun ke-3 hingga ke-5.
Dalam fasa ini objektif kita adalah membesarkan syarikat dengan cara mengembangkan bisnes.
Bagaimanakah syarikat dibesarkan? Syarikat dengan sendirinya membesar apabila bisnes kita berkembang.
.
3 item yang wajib dibuat sebagai persediaan bagi mengembangkan bisnes adalah:
+ Dokumen perancangan bisnes - business plan. Ini boleh dibuat dalam bentuk BMC dahulu.
+ Bajet projek
+ Bajet operasi
.
https://docs.google.com/forms/d/1c_9ymzbYY5mCAQtX7EWJJPIT9XPgdxDAf7OUZsKVOdk/viewform
No comments:
Post a Comment