SALAM SYAWAL.
Kita adalah kita. Tiada pura pura. Bacalah catatan FB yang dahulu dahulu. Ada waktu celaru. Banyak masa keliru. Selalu pula terburu buru.
Kita manusia. Adakalanya ibarat senduk besar tetapi tidak mengeyangkan. Berjanji namun dicapati. Adakalanya ibarat sembunyi puyuh. Kepala tersorok, ekor kelihatan. Adakalanya ibarat pernah dipatuk ular, nampak tali pun sudah trauma.
Apa yang utama, apabila salah, mulakan semula. Ibarat sesat di hujung, pulang balik ke pangkal jalan. Lupakan saat kita umpama sikutuk beras basah, ditampi tidak berlayang, diindang tidak berantah, hujungnya tidak disudu oleh itik. Kita orang desa, pernah jadi manusia hina, disana sini disingkirkan.
Buat semua teman yang pernah datang bertandang dalam kelas saya. Apa yang saya ucap kongsi adalah ingatan untuk diri saya. Kesediaan tuan dan cikpuan sanggup mendengar sangat saya muliakan.
Kepada tuan dan cikpuan yang memanggil saya "Tuan Guru", saya raikan. Bukan kerana saya perasan saya Tuan Guru, saya sedar diri sekadar bilal sahaja. Melaung kuat perkhabaran baik. Banyak yang saya sebut datangnya dari Puan Guru Ainon Mohd. dan ProfAbdullah Hassan Saya sudah dapat kebenaran jadi bilal di masjid mereka.
Banyak pula yang saya bilang nyata datang dari Dr Azizan Osman dan anak anak didik beliau. Sekepal saya jadikan gunung. Setitik saya jadikan lautan. Saya membina pondok dengan kebenaran Tuan Jerry Zafrul Rizal Mat ditepi Istana besar Richworks International. Tiada penguasa Majlis Bandaran yang dapat meruntuhkan pondok saya. Cop mohor Bendahara Seri Paduka Raja Jerry dan Temenggong Hajah Yasmin Mohd Ramzi jelas dan terang ada dipintu pondok.
Apa yang salah, sombong diri ibarat tidak sempat menggesek biola mahu menari dahulu. Apabila tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang jongket, Ibarat tidak tahu menganyam, pandan pula dipersalahkan. Semuanya salah saya empunya diri.
Menanam padi tumbuh lalang. Ayam ditambat disambar helang. Itulah pandirnya saya. Sudah matang usia, ilmu baru sekerat cuma, harta pun baru sekangkang kera.
Kepada sahabat berlima bijak bestari Prof Dr Mohd Hassan Mohd Osman, Tuan Syaizul Amal, Coach Baharuddin Mohamed, Tuan Ceo Sufi Brand, Tuan Doc Nan, terima kasih banyak atas huluran tangan meminjamkan taming sari kebijaksanaan sepanjang bersama memandaikan bangsa.
Kepada ahli Ekonomi Persahabatan Negeri Pulau Jutawan yang semakin membesar dari hari ke hari, indahnya persahabatan ini sukar mahu diperi. Kepada teman G38, Tuan dan Cikpuan adalah pacak paku bumi kekuatan saya. InsyaAllah Public Speaking Mastery adalah jambatan untuk kita besarkan Speakers Academy nanti.
Apapun sentiasa merendah diri. Rendah hati sopan berbudi. Usah kita jadi si buyung julung berkeris, siupik julung bersubang.
Izinkan saya mulai hari ini masuk semula ke pasantren Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim UMKI bersama Dato' Dr Zaini Ariff dan Puan Mahasuria Idrismengajar disitu.
Apa yang kurang datang dari saya jua. Salam kemaafan. Salam syawal.
No comments:
Post a Comment