Saturday, 2 August 2014

NIAGA ABDUL RAHMAN BIN AUF


TUNJUKKAN DAKU DIMANA PASAR?


Setiap dari kita mempunyai tempat untuk diisi dalam dunia ini dan tempat itu penting. Pilihan pada kita untuk mengisi tempat itu ataupun membiarkan ia kosong tanpa makna.

Perkataan monopoli adalah tidak tepat. Pasar Qunaiqa' milik pedagang yahudi. Bagaimana mungkin seorang yang datang sehelai sepinggan ke madinah mahu memonopolikan tempat itu dengan dagangan tali. Ustaz tidak bawa dalam kontek kekinian dan kedisinian,


Islam melarang monopoli. Tidak mungkin Abdul Rahman bin Auf melakukan perkara demikian. Monopoli adalah kezaliman. Ia adalah manipulasi ke atas kuasa-kuasa dalam pasaran, suatu perbuatan yang ditegah.

Tafsiran sirah selalu dibuat pada masa lalu. Ia tidak menjangkaui kekinian. Lantas sirah tidak jadi pendorong. Ia sekadar kisah masa lalu.

Kisah masyhur Abdul Rahman bin Auf adalah beliau beli unta bersama tali dari kampung dengan harga 1 dinar. Kemudian jual di bandar harga unta dengan harga 1 dinar dan tali yang cantik dengan harga 1 dinar. Jual unta dengan harga kos, dapat untung 100%.

Saya membaca kisah ini bahawa ARA beli unta dengan harga 1 Dinar dari pedagang Yahudi dipasar Qunaiqa'. Kemudian jual dengan harga kos 1 dinar juga. Cuma beliau menjual tali berwarna warni dengan harga 1 dirham. Untung atas tali itu yang membolehkan beliau menjadi pedagang unta paling berjaya di pasar bani qunaiqa.

No comments:

Post a Comment