Saturday, 2 August 2014

BERLUMBA LUMBA BUKAN BERSAING

1. Kata Puan Guru, kita ulang kaji subjek 
"Bukan Bersaing Tetapi Berlumba lumba.

2. Semak diri apakah kita memiliki mentaliti persaingan.
Bersaing adalah "Menang dengan cara mengalahkan dan menjatuhkan bisnes orang-orang lain yang menawarkan produk yang sama dengan produk kita."

3. Puan Guru menjelaskan duduk perkara, sejak kecil, di sekolah dan di rumah, otak kita sudah dibasuh dengan konsep 'bersaing' sehingga kita yakin dan percaya kononnya:
Kewujudan pesaing adalah membahayakan kita. Hanya orang yang pandai bersaing akan berjaya. Pesaing mesti dikalahkan. Kita boleh hidup kaya-raya apabila semua pesaing kita mati.

4. Puan Guru memperihal panjang, tentang sekolah melatih anak-anak kita supaya pandai bersaing. Pelbagai pertandingan dianjurkan supaya anak-anak berani bersaing, dan mereka suka bersaing. Sekolah dan ibu bapa memberi hadiah-hadiah yang objektifnya adalah supaya kanak-kanak pandai mengalahkan kawan-kawannya.

5. Ibu bapa pula sangat berbangga apabila anak-anak dapat nombor satu dalam apa-apa sahaja persaingan. Macam-macam hadiah dijanjikan oleh ibu bapa supaya anak mereka dapat nombor satu.

6. Hasil pandai bersaing, sukar kita berjumpa pelajar-pelajar yang dulu sentiasa dapat nombor satu di sekolah, akhirnya berjaya menjadi individu yang sangat berjaya dalam dunia bisnes. Majoriti tokoh bisnes mempunyai rekod akademik biasa-biasa sahaja di sekolah dan di universiti.

7. Kata Puan Guru dalam nada tegas, berlumba-lumba adalah: "Besama-sama menang dengan jalan saling bantu-membantu."

Contoh: Katakanlah kawan kita sudah membuka gerai tomyam di bawah pokok besar. Kita masih boleh membuka gerai tomyam di bawah pokok besar itu.
Kita jangan bersaing dengan kawan kita itu. Jangan kita berebut-rebut pelanggan. Jangan kita memburuk-burukkan dia.

8. Puan Guru memperihal lagi, dalam strategi berlumba-lumba, kita tidak BEREBUT pelanggan yang sama. Kita bekerjasama supaya kita dapat sama-sama MEMBANYAKKAN pelanggan kita.

9. Kita sama-sama berniaga. Kita bekerjasama dengan kawan-kawan bagi menarik lebih banyak pelanggan datang. Kita tolong-menolong, supaya semakin hari semakin banyak pelanggan baru singgah. Dia buat lebih banyak untung, kita pun buat banyak untung.

Contoh senario kerjasama:
Apabila pelanggan datang, kita boleh promo tomyan kawan kita itu dengan berkata kepada pelanggan:
"Tuan, tomyam gerai kami adalah resipi tomyam stail-Bangkok. Tomyam gerai sebelah kami ini, resipi tomyam stail-Patani. Dua-dua sedap! Tuan mahu cuba yang mana? Saya boleh order-kan..."

10. Apabila pelanggan tahu, di bawah pokok besar itu ada 2 gerai tomyam yang pemiliknya saling bekerjasama dan tolong-menolong, lebih banyak pelanggan suka singgah. Apatah lagi jika kedua-dua gerai menawarkan tomyam masing-masing yang sama-sama sedap! Pelanggan dapat tukar-tukar selera.

11. Angin viral pun akan bertiup kencang. Membawakan berita kegembiraan tentang rupa kerjasama yang bakal membuahkan kejayaan.

12. Jelas dan nyata, kata Puan Guru Ainon Mohd, ada 2 punca mengapa syarikat kita boleh lingkup dalam menjalankan bisnes kita:

1. Bisnes kita sengaja dibunuh oleh pesaing-pesaing kita.
Syarikat-syarikat lain yang bergiat sama macam kita mempunyai peluang survive dengan cara mensabotaj kita.Mereka dapat mensabotaj kita dengan bermacam-macam cara.

Contoh: Ini yang berlaku ke atas Zaitun Industry.
.
2. Bisnes kita mati sendiri.
Syarikat kita tidak dapat bertahan dalam pasaran. Ini bukan kerana ada syarikat lain membunuh bisnes kita, tetapi memang kita tidak dapat lagi memenuhi kehendak pasaran. Cara kita berniaga pun lemah. Syarikat lain sudah mengubah cara bisnes mereka, kita masih berniaga cara lama.

13. Puan Guru Ainon Mohd memperingatkan akan ayat "Lari lebih laju ke depan supaya si dia tidak dapat capai kita untuk diketuk." --- Ini ayat persaingan!
Dalam kepala kita masih wujud 'si pengetuk itu'. Jangan lari dari sesiapa! Kita buat trek larian kita sendiri.

14. Puan Guru memetik Dr. de Bono yang mengatakan, otak pesaing berfikir dengan cara-cara yang sangat logikal. Itulah sebabnya kita dapat membaca apa pesaing kita akan buat. Logical thinkers tidak mampu menjadi strategist yang baik. Jangan ambil budak-budak yang selalu dapat nombor 1 di sekolah dalam think-tank group strategi kita.

15. Kata Dr. de Bono lagi "Logic is always an after-thought." Maksudnya, logik tidak pernah berada di depan idea baru. Logik sentiasa berada di belakang idea baru. Logik sentiasa datang kemudian. Ini kerana logik mahu tengok bukti dahulu. Ada bukti, barulah logik.

16. Kita cipta idea baru. Kemudian, baru orang 'nampak' di mana logiknya idea baru kita itu. Kalau tidak dicuba, manakan ada buktinya? Perkara baru memang sentiasa ada risikonya. Jangan pula kita takut mencuba perkara baru. KIta belajar ilmu mengurus risiko!

17. Puan Guru Ainon Mohd. mengakhiri kata, budaya Amerika yang individualistik sangat mendewa-dewakan 'individu' yang berjaya kaya-raya, macam Gates, Jobs, Zuckerberg, Tru dan seumpamanya. Kita pun tergila-gila mahu melahirkan 'individu' berjaya yang kaya-raya.

18. Budaya Asia yang mengamalkan nilai 'groupism' melahirkan corporations. Korea dan Jepun melahirkan banyak corporations. Corporations mereka terkenal seantero dunia!

19. Sesuatu yang harus digarisbawahi, Kekayaan 'corporations' Jepun dan Korea lebih besar daripada kekayaan mana-mana individu Amerika. Saya menutup nota dengan membuat lakaran begini.

No comments:

Post a Comment