Dalam Tribe Ekonomi Persahabatan Pulau Jutawan, saya bukan ketua. Saya hanya pemudahcara. Dalam Ekonomi Persahabatan kami diurus oleh nilai bersama. Dan kami hanya ada satu boss iaitu "Nilai Bersama Ekonomi Persahabatan".
Saya tidak suka ada perkataan bersama Dato' dan Datin itu. Seandainya saya tiada pun perjumpaan itu tetap berjalan. Tiada VIP dikalangan kita. Buang nama itu.
Apabila manusia melaburkan kewangan mereka mahu pulangan. Apabila manusia melaburkan emosi, mereka mahu menyumbang.
Satu tribe hanya berfungsi apabila mereka selalu berjumpa. Perjumpaan itu mendekatkan hati. Perjumpaan itu boleh dibuat dimana mana dalam bentuk besar atau kecil. Perjumpaan itu sukarela. Namun bagi membiayai perjumpaan itu masing masing boleh buat huluran sumbangan, Kita bukan kumpulan subsidi. Kita kumpulan berdikari. Maka, eloklah apa yang diatur diatas.
No comments:
Post a Comment