Saturday, 2 August 2014

Budget, Busines Plan dan Unjuran

Budget, Busines Plan dan Unjuran adalah perkara yang sangat penting dalam sesebuah pentadbiran perniagaan hatta kita mengurus apa apa organisasi.
Semalam sambil beraya sepasang suami isteri yang muda dan mengusahakan perniagaan printing bertanyakan saya sama ada mahu membuat pinjaman bank atau punb atau tidak.
Maka saya bertanyakan tentang bisnes forecast mereka.....
Adalah sangat penting untuk menyediakannya.

Banyak peniaga tersalah membelanjakan duit syarikat disebabkan mereka tidak pandai membuat unjuran, business-plan, dan bajet.
Apabila kita membelanjakan duit syarikat dengan tidak menggunakan alat-alat pengurusan kewangan yang betul, risikonya sangat tinggi.
Unjuran, business-plan dan bajet adalah alat bagi mengurus risiko duit terbakar sia-sia.
.
Unjuran bisnes disebut juga dengan istilah business-forecast.
Menyediakan dokumen unjuran adalah kerja wajib-buat. Ini tugas staff yang menjaga urusan kewangan syarikat.
Fungsi unjuran adalah membantu kita memastikan kedudukan cashflow syarikat adalah dalam paras selamat, minimum dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Daripada business forecast itu, baru kita dapat meramalkan kedudukan kewangan syarikat dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Berdasarkan ramalan itu, baru kita dapat merangka bajet syarikat dengan betul.
.
Izinkan saya memetik contoh pengalaman business-forecast di PTS.
Salah sebuah anak syarikat PTS adalah PTS One Sdn Bhd. Inilah anak syarikat yang meneroka pasaran Laut Biru genre teen-novel.
Anak syarikat ini berjaya membuka pasaran teen-novel itu, mendominasi pasaran itu, dan membuat banyak keuntungan selama 8 tahun berturut-turut.
.
Kemudian muncul media sosial blog, kemudian friendster, kemudian my-space, kemudian Facebook, sekarang twitter, dan instagram....
Kemunculan media sosial telah mengalihkan hobi membaca golongan remaja, daripada membaca huruf tercetak di atas kertas kepada membaca huruf pada skrin kecil.

https://docs.google.com/forms/d/1c_9ymzbYY5mCAQtX7EWJJPIT9XPgdxDAf7OUZsKVOdk/viewform

No comments:

Post a Comment