Saturday, 2 August 2014

Peduli Ummah

Hati itu umpama lautan. Luas dan dalam. Penuh khazanah alam. Nampak tenang pada permukaan. Dalamnya sukar di perihal sembarangan.

Lisan itu umpama daratan. Bergunung ganang apabila memekik. Lembahan dan curam apabila berbisik. Banyak sampah sarap dan bahan terbuang. Lagi kerap di gunakan, lagi banyak serpihan tak berguna kita keluarkan. Jagai lisan.

Rosak binasalah lisan apabila kita guna untuk caci maki orang lain sewenang wenangnya. Apabila lisan rosak, menangislah manusia. Tajamnya lisan yang tidak terjaga, sakitnya sampai ke hati jua.

Hati pula bukan setakat terluka. Hati rosak hancur segala apabila ada riak menyapa jiwa. Rasa diri kaya, hebat berjawatan, luar biasa berkuasa. Apabila hati telah riak, malaikat menangis lantara sesal. Hancurlah segala ibadat dan ketaatan.

Itulah maksud perihal makna dari ayat Al Quran surah Ar Ruum ayat 30.

"Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan"

oppppsss usah marah saya. Saya tidak layak tazkirah. Saya tahu tiada tauliah. Saya sekadar memudahkan ilmu yang pernah saya pelajari secara berguru.


Selagi tidak bisu, manusia suka mengupas isu. Manusia bangga menunjuk tahu. Malangnya bangsaku. Kekal duduk dibangku bersembang hal isu, sedangkan orang lain telah jauh berbatu batu.

No comments:

Post a Comment