Apa itu cashflow?
Dalam bahasa mudah, cashflow adalah bagaimana duit tunai dalam akaun syarikat kita berjalan lancar.
Apabila tiap-tiap bulan syarikat kita ada duit bagi membayar gaji, sewa, hutang, bil-bil api, air, telefon, KWSP, Perkeso, insurans, zakat, cukai dll, itu dikatakan cashflow kita bagus. Inilah tandanya kita pandai menguruskan duit syarikat kita.
.
Cashflow dikatakan 'ketat' atau 'tight' apabila tiap-tiap bulan duit tunai kita cukup-cukup sahaja untuk membayar perkara-perkara yang paling asas, macam sewa kedai dan gaji.
Tidak ada lebihan duit tunai untuk membayar perkara-perkara tambahan, umpamanya kita tidak ada duit hendak membayar komisen staff, ataupun membeli tayar van yang sudah botak.
.
Cashflow syarikat kita dikatakan 'tercekik' apabila ada masanya kita langsung tidak ada duit tunai bagi menyelesaikan bayaran-bayaran yang sepatutnya wajib dibayar.
Sebagai contoh, kita terpaksa membayar gaji pekerja secara 2 kali ansuran, ataupun sewa kedai terlewat dibayar, ataupun kita kehabisan duit hendak membayar bill unifi.
.
Semasa syarikat kita masih dalam Fasa 1 yakni fasa survival, kisah cashflow sangat ketat dan tercekik-cekik adalah perkara yang memang akan dialami.
Namun, dalam tempoh 3 tahun yang getir itu lama kelamaan kita akan belajar mencari jalan sehingga dapat mengatasi masalah cashflow ketat dan tercekik-cekik.
.===============================================
>>>>>>>Banyak berlaku di mana selepas bisnes kita melepasi Fasa SURVIVAL, bisnes mula dapat dikembangkan, cashlow sudah dalam keadaan selamat dan lancar, TETAPI tiba-tiba cashflow kembali kepada keadaan ketat, lalu menjadi tercekik sampai tidak ada duit hendak membayar sewa yang sudah 3 bulan tertunggak....
>>>>>>>>Salah satu punca cashflow kembali tercekik adalah apabila kita membuat pelaburan membesarkan bisnes syarikat dengan cara yang tidak betul.
Sebagai contoh, kita mempunyai salun rambut. Kemudian kita membuka cawangan baru.
Disebabkan duit dilarikan ke cawangan baru, duit untuk menguruskan cawangan pertama menjadi tercekik.
Sebagai contoh, kita mempunyai salun rambut. Kemudian kita membuka cawangan baru.
Disebabkan duit dilarikan ke cawangan baru, duit untuk menguruskan cawangan pertama menjadi tercekik.
>>>>>>>>>>>>Banyak berlaku di mana peniaga membuka cawangan baru. Ribu-riban duit dibelanjakan bagi membuka cawangan baru itu.
Cawangan baru pula belum mampu berdiri sendiri, masih terpaksa disubsidi oleh duit canwangan lama.
Lama-lama cawangan lama pun tercekik.
Demi menyelamatkan bisnes cawangan lama, cawangan baru terpaksa ditutup. Ribu-riban duit lebur sia-sia.
>>>>>>Kita membuka cawangan baru sebab hendak mengembangkan bisnes, hendak buat lebih banyak keuntungan. Sebaliknya pula yang berlaku.
>>>>>>>>>Tip mengembangkan bisnes:
Jangan buat pelaburan baru sebab kita sudah ada duit yang hendak dibakar!
>>>>>>>>>> "Sayangi Duit Kita"
Jangan berani-berani mahu bakar duit.
Kembangkan duit kita dengan menggunakan ilmu-ilmu bisnes yang betul. Buat unjuran dulu. Kemudian baru buat business-plan. Kemudian baru buat bajet projek membuka cawangan baru.
>>>>>>>>>>Kita dapat tengok di sekeliling kita, banyak orang bisnes yang semakin lama dia menjalankan bisnesnya, semakin banyak hutangnya.
Apabila cashflow tercekik, dia buat pinjaman.... Apabila cashflow tercekik, dia buat pinjaman....
Jangan pandang ringan kos sewa premis.
Kos sewa premis adalah salah satu faktor yang menyebabkan banyak cawangan baru terpaksa ditutup.
Apabila pendapatan belum mampu membayar kos sewa premis, jika 3 bulan tidak membayar sewa, kita terpaksa tutup kedai.

Mesti kita buat unjuran. Jangan buka cawangan baru dengan tidak membuat unjuran. Nanti ramalan kita meleset! Kita ramalkan cawangan baru boleh meningkatkan keuntungan bisnes kita, tetapi sebaliknya yang berlaku. Kerugian pula yang meningkat!
Katakanlah kita hendak membuka cawangan baru untuk klinik resdung yang kita jalankan sekarang. Unjurannya lebih simpel daripada foto di atas.
Berapa duit modal yang kita sudah ada sekarang?
Katakanlah, dalam masa 6 bulan klinik resdung kita masih belum dapat membayar sewa kedai, apakah kita mempunyai duit tunai bagi menampung kekurangan duit sewa itu?

Banyak restoran peniaga Melayu terpaksa bungkus sebab mereka cuma mempunyai modal yang cukup-cukup untuk kos membuka premis sahaja.
Restoran memerlukan tempoh beberapa bulan sebelum jumlah pelanggan yang datang dapat menampung kos operasi.
Akibatnya, restoran terpaksa ditutup akibat tidak mampu membayar kos operasi. Itu yang tangan kita terbakar teruk!
Kedai tutup. Modal hangus. Hutang bank berpuluh ribu....

Sebelum membuka cawangan baru, kita banyak duit, kita kaya.
Selepas membuka cawangan baru, kita hilang duit, kita lebih miskin dibandingkan sebelumnya! (akibat hutang bank dan geran tanah tergadai...)
Selepas membuka cawangan baru, kita hilang duit, kita lebih miskin dibandingkan sebelumnya! (akibat hutang bank dan geran tanah tergadai...)
Daftar https://docs.google.com/forms/d/1c_9ymzbYY5mCAQtX7EWJJPIT9XPgdxDAf7OUZsKVOdk/viewform
No comments:
Post a Comment