Sunday, 3 August 2014

BILA USAHAWAN BERMULA


LAKARAN KEUSAHAWANAN JUTAWAN PERKATAAN.

PELAJARAN PERTAMA:

Protege adalah seseorang atau sekumpulan orang yang dibimbing dan disokong oleh orang yang lebih tua, berpengaruh dan berpengalaman.

Maka semalam bermulalah pelajaran pertama dari 66 pelajaran yang saya janjikan kepada anak anak. Saya bermula dengan analogi bas sambil buat lakaran syarikat syarikat.

Kata saya, "get the right people on the bus". Pastikan siapa bersama kita. Bukan destinasi yang utama. Saya ulangi siapa. Pilihan teman yang salah atas bas akan menyusahkan kita.

Pastikan teman yang betul dalam perjalanan keusahawanan. Keluarkan orang yang salah dari bas sebelum perjalanan bermula. Letakkan orang yang betul pada seat yang betul.

DISIPLIN pertama. Mulakan dengan teman perjalanan kemudian baharu pilih laluan. Klasfikasikan teman kepada tiga: THORBAEK, Hebat dan Lupakan.

Uruskan syarikat besar dengan orang yang sedikit. Bina pasukan Juara, bukan dengan mereka yang berpura pura. Kita bermain dengan corak menyerang. Bukan dengan saling berpandangan.

Baca buku Bagaimana Lee Iacocca menukar syarikat Crysler dari rugi $1.1 B pada tahun 1979 kepada untung $800 juta pada tahun 1983. Kisah klasik. baca juga buku Good to Great, tulisan Jim Collins dalam rak buku diperpustakaan .

Kata kuncinya "orang yang betul".

No comments:

Post a Comment