pabila kita membuka bisnes dan mula mengambil pekerja, kita secara automatik bukan lagi setakat menjadi majikan. Kita juga menjadi pemimpin kepada pekerja kita.
Syarikat yang hanya mempunyai towkay dan boss sukar berkembang menjadi syarikat korporat. Ini kerana towkay tidak memimpin. Dia hanya membahagi-bahagikan kerja dan menyuruh-arah pekerjanya.
Disebabkan towkay tidak memimpin, pekerjanya tidak mendapat peluang mentransformasi diri mereka. Begitu pula, diri si towkay tidak menjadi sumber inspirasi kepada pekerjanya.
.
Personaliti pemimpin yang ideal ada dalam hadith ini.
Pada mulanya, ciri-ciri personaliti itu diucapkan oleh Khadijah. Jadi ia bukan hadith. Apabila ciri-ciri itu diucapkan semula oleh Rasulullah (bacalah salawat), maka ia menjadi hadith.
6 personaliti pemimpin agama yang ideal:
+ Menyambung tali persaudaraan, yakni menjaga hubungan baik.
+ Bercakap benar.
+ Memikul beban orang lain, yakni berkorban untuk kebaikan orang lain.
+ Suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada, yakni kreatif.
+ Meraikan tetamu, yakni diplomatik.
+ Sentiasa membela kebenaran.

6 ciri personaliti yang diterangkan dalam hadith itu adalah ciri-ciri manusia biasa yang semua orang dapat memilikinya.
6 ciri personaliti yang diterangkan dalam hadith itu adalah ciri-ciri manusia biasa yang semua orang dapat memilikinya.
Semua jenis kepimpinan - politik, bisnes, kemasyarakatan, organisasi - dapat mengaplikasi hadith ini.
Pemimpin bukan Islam pun dapat memanfaatkan hadith ini.
.
Susunan 6 ciri personaliti itu sangat menarik.
Sebagai contoh, personaliti yang paling atas adalah "menyambung tali persaudaraan" manakala ciri yang paling bawah adalah "membela kebenaran".
Bahawa ciri "meraikan tetamu" diletakkan lebih tinggi daripada "membela kebenaran"
Menyambung tali persaudaraan adalah kemahiran sosial.
+ Pandai bergaul
+ Pandai berkawan
+ Banyak sahabat
+ Popular, disenangi oleh semua orang
+ Tidak membenci sesiapa
+ Tidak berklik-klik, bertim-tim, berpuak-puak
+ Tidak kata-mengata
+ Tidak tuduh-menuduh
+ Sentiasa bersangka baik terhadap orang lain
+ Tidak berkonflik
+ Tidak bermusuh

Banyak berlaku, atas nama "membela kebenaran" (ciri paling bawah), kita merosakkan tali persaudaraan (ciri paling atas).
Banyak berlaku, atas nama "membela kebenaran" (ciri paling bawah), kita merosakkan tali persaudaraan (ciri paling atas).
Tidak kurang menariknya adalah ciri personaliti kreatif, yakni "suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada" diletakkan lebih tinggi daripada ciri "membela kebenaran".
.
Syarikat ABS Holdings Sdn Bhd menjadikan 6 ciri itu sebagai ciri 'personaliti organisasi'-nya.
Syarikat ABS Holdings Sdn Bhd menjadikan 6 ciri itu sebagai ciri 'personaliti organisasi'-nya.
Sebagai contoh, untuk ciri "menyambung tali persaudaraan" ahli lembaga pengarah dan staff ABS Holdings sentiasa menjaga hubungan baik dengan syarikat-syarikat lain, tolong-menolong, bekerjasama, tidak bersaing hanya berlumba-lumba.
Rangkaian Tadika ABS juga menjadikan 6 ciri personaliti di atas sebagai asas pendidikan sahsiah pelajar-pelajarnya.
.
Hadith ini layak dijadikan asas apabila mendesain isi kandungan silabus dan modul program latihan kepimpinan.
Hadith ini layak dijadikan asas apabila mendesain isi kandungan silabus dan modul program latihan kepimpinan.
Pada masa ini, apabila kita bercakap tentang ciri-ciri kepimpinan, kita banyak menggunakan ciri-ciri pemimpin yang disenaraikan oleh penyelidik Barat.
Tidak kurang juga yang menyebut ciri-ciri pemimpin di mana ciri-ciri itu hanya berdasarkan pendapat peribadi orang yang bercakap itu.
Hasilnya, para peserta program kepimpinan itu keluar dengan sikap-sikap keras, abrasif, suka berdebat, berani melawan (baca, berani berkonflik, bermusuh).
...
No comments:
Post a Comment