22072014
EKONOMI PERSAHABATAN PULAU JUTAWAN.
Tentang Nilai.
1. Nilai bisnes, produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan ditentukan sepenuhnya oleh pasaran (marketplace).
Ramai usahawan tersilap. Mereka hidup dengan sangkaan bisnes mereka hebat. Hakikatnya pasaran tidak memberikan gred yang serupa.
2. Sebelum kita dapat selesaikan satu masalah yang mengancam masa depan syarikat kita, adalah wajar kita faham dulu masalah itu. Kita mesti faham masalah itu pada peringkat "butiran manik". Detailnya pemahaman banyak bergantung pada pengalaman. Anak muda daunan hijau sukar mahu faham permasalahan pada peringkat butiran manik.
3. Kita mesti pelajari sebanyak mungkin bisnes dalam sektor kita, samada syarikat itu lebih berjaya dari kita atau yang sama tara dengan kita. Telusuri cara pemasaran, pengurusan, pendekatan dan komunikasi korporat mereka.
Tekuni apa yang positif. Pelajari apa yang negatif. Positif untuk kita tiruvasi.
Perhati yang negatif supaya kita dapat kenal "gap" itu.
Perhati yang negatif supaya kita dapat kenal "gap" itu.
4. Kita sukar mahu dapat emphatic respect, pemahaman pasaran dan hubungan jiwa dengan pelanggan apabila kita tidak sanggup buat terjunan dalam sehingga menyentuh batu karang dunia pasaran untuk kutip mutiara maklumat berguna "mindset tulus luhur" dari pembeli dan bakal pembeli.
Dunia ini penuh lakonan drama. Kita boleh lena dipangkuan penglipur lara pelanggan pura pura apabila kita sekadar jadi pemilik bisnes yang bersandar pada kerusi empok dalam bilik berhawa dingin.
5. Belajar memahami mainan bolak balik dunia bisnes. Kita mesti ada upaya untuk ambil berat, ada talian hayat penghubung dan terus teruja bersemangat waja untuk terus kembara dalam lautan bergelora dunia bisnes ini.
No comments:
Post a Comment