Wednesday, 10 September 2014

Tip Memilih Rakan-Kongsi

Rakan-kongsi adalah individu yang sama-sama berkongsi modal dengan kita apabila membuka syarikat.
Dalam syarikat PLT ataupun sdn bhd, nama rakan-kongsi ada tertulis dalam dokumen-dokumen penubuhan syarikat.
Individu itu mempunyai saham, dan dia juga menjadi ahli lembaga pengarah (ALP) syarikat sdn bhd.
.
+ Berapakah jumlah rakan-kongsi yang ideal?
Tiga orang rakan-kongsi adalah ideal untuk syarikat yang baru didaftarkan.
Jangan hanya 2 orang, walaupun undang-undang tubuh syarikat membenarkan 2 orang ahli lembaga pengarah.
.
+ Apakah kombinasi ciri personaliti yang ideal antara 3 orang rakan-kongsi itu?
1 orang berpersonaliti Muhajirin. 2 orang berpersonaliti Ansar. Inilah kombinasi yang ideal.
Jangan semua 3 orang itu Muhajirin.
Jangan 2 orang Muhajirin, 1 Ansar.
Mesti ada 1 orang yang memiliki sumber modal yang banyak, dan dia sudah lama berniaga.

Muhajirin <---- entrepreneur
Ansar <--- intrapreneur

Entrepreneur memiliki bakat memulakan dan membangunkan bisnes. Dia ini dapat mencium di mana ada lubuk duit.

Dia ini mempunyai otak yang pintar logik-bisnes.
.
Intrapreneur membangunkan syarikat. Dia ini tidak pandai mencari lubuk duit. Tapi apabila sudah ada duit, dia ini pandai menjaga duit dan mengembangkan duit.

Dia ini mempunyai otak yang pintar logik-duit.
Logik-bisnes dan logik-duit tidak semestinya sama dan sekata.
Logik-bisnes dan logik-duit tidak semestinya sama dan sekata.
Membangunkan syarikat = company building

Banyak entrepreneur terkial-kial hendak membesarkan bisnesnya disebabkan dia tidak mempunyai partner yang mampu melakukan company-building.
Membangunkan syarikat = company building

Banyak entrepreneur terkial-kial hendak membesarkan bisnesnya disebabkan dia tidak mempunyai partner yang mampu melakukan company-building.

Company-building bukan hanya mengurus duit. Topik company-building ini sangat penting. Namun topik ini tidak dibincangkan.

Yang selalu disebut-sebut adalah topik 'mengurus bisnes' dan 'mengurus syarikat'. Bukan 'membangunkan syarikat'.


Syarikat yang kecil tidak dapat memanfaatkan peluang bisnes yang besar.Bak kata pepatah, jala yang kecil tidak dapat menangkap paus.

Bercakap tentang sale, marketing, revenue, profit, market share, adalah sangat mengujakan. Itu perkataan-perkataan yang amat seksi. Sungguh seksi. Lalu di situlah kita banyak berputar-putar bercakap.




Tuesday, 2 September 2014

Rahsia Kejayaan

APAKAH YANG MENYEBABKAN KITA BERJAYA?

1. SEMANGAT yang membara. 
Kita digerakkan oleh hasrat mahu berjaya. Dorongan diri bukan kejar duit. Lakukan atas nama kasih sayang yang melimpah ruah. Rasa ingin menambah nilai dalam hidup orang lain. Apabila kita bantu selesaikan masalah orang lain, duit tetap datang bertandang mengetuk pintu kehidupan kita.

2. KERJA. 
Kerja keras. Tiada apa yang datang dengan mudah. Bekerja 12 jam sehari pada permulaan supaya sumpahan 3 tahun dapat kita atasi. Seonok untuk mematikan sumpahan puaka 93% itu.

3. Lakukan sebaik mungkin. Itu timbul perkataan PAKAR.
 Buat sesuatu sehingga orang iktiraf kita. Buat buat buat sampai dapat. Usah tunggu sehingga jadi terbaik baru mahu buat. Terbaik itu musuh kepada baik. Mulakan juga walaupun baru merangkak.

4. FOKUS. 
Buat satu perkara pada satu masa dan buat banyak perkara untuk satu edah masa.

5. DORONG DIRI. 
Ada desakan dalaman untuk berjaya. Benar tidak mudah mahu dorong diri. Itu sebab kita ada emak masa kecil dan ada mentor masa berusia.

6. BERI KHIDMAT. AMBIL BERAT. 
Jutawan yang berkekalan mementingkan khidmat berkesan. Ia memanggil pelanggan berulang.

7. IDEA. 
Bernaskan idea dalam minda. Usah biarkan idea masuk dalam hati. Nanti ia jadi dinding kebodohan diri. Idea muncul apabila kita dengar, perhati, besarkan RIT (rasa ingin tahu), tanya soalan, selesaikan masalah dan buat hubungan bernetworking.

8. GIGIH, NEKAD dan TABAH. 
Gigih dan tekun berusaha. Ia melepasi tahap rajin. Nekad untuk tidak berundur walaupun rugi mendatangi kita. Tabah menempuh dugaan. Tidak undur apabila berdepan penolakan, tebal muka apabila dikritik. Usah peduli pada mereka yang mabuk mencemuh kita. Tekanan tidak melemahkan kita.

Saturday, 23 August 2014

Nasihat Bisnes

Abang long ppj2

Jangan salah tafsir, database bukan pasail customer aje. Database (jenis product, patern jualan tinggi etc) dalam business pun king juga. Untuk buat analisa projection next production dan marketing strategi.

Sekiranya customer yang telah kenali kita, maka copy writing lebih bersifat personal. (Customer Relationships) & sebaliknya sekiranya baru nak memperkenalkan product kita ada lebih baik secara terbuka blast. (Channel baru).

Hati- hati dengan akta kementerian telekomunikasi tentang penggunaan database orang lain dan di blast secara personal adalah satu kesalahan sekiranya pengguna membuat laporan. Berhati hati ye.

Perniagaan tanpa pelanggan bukanlah dipanggil perniagaan, itu syok sendiri.

[24/07 6:34 PM] Jutawan Aj: Blast boleh cuma jangan guna personal name mereka. Cth. Promosi Hari Raya datang ke kedai kami di......
[24/07 6:36 PM] Jutawan Aj: Sekiranya customer kenal kita, boleh guna personal blast sms - Cth Salam En Ahmad, terima kasih datang ke kedai kami, kami ada barang bagus pada hujung bulan ini
, sila datang........
[24/07 6:44 PM] Jutawan Aj: Majority nampak agak confius pasal financial management & aspek legal dalam business. Marketing sebenarnya sebahagian kecil dalam business management.

Tuesday, 5 August 2014

Memimpin syarikat dan staf.

pabila kita membuka bisnes dan mula mengambil pekerja, kita secara automatik bukan lagi setakat menjadi majikan. Kita juga menjadi pemimpin kepada pekerja kita.
Syarikat yang hanya mempunyai towkay dan boss sukar berkembang menjadi syarikat korporat. Ini kerana towkay tidak memimpin. Dia hanya membahagi-bahagikan kerja dan menyuruh-arah pekerjanya.
Disebabkan towkay tidak memimpin, pekerjanya tidak mendapat peluang mentransformasi diri mereka. Begitu pula, diri si towkay tidak menjadi sumber inspirasi kepada pekerjanya.
.
Personaliti pemimpin yang ideal ada dalam hadith ini.
Pada mulanya, ciri-ciri personaliti itu diucapkan oleh Khadijah. Jadi ia bukan hadith. Apabila ciri-ciri itu diucapkan semula oleh Rasulullah (bacalah salawat), maka ia menjadi hadith.
6 personaliti pemimpin agama yang ideal:
+ Menyambung tali persaudaraan, yakni menjaga hubungan baik.
+ Bercakap benar.
+ Memikul beban orang lain, yakni berkorban untuk kebaikan orang lain.
+ Suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada, yakni kreatif.
+ Meraikan tetamu, yakni diplomatik.
+ Sentiasa membela kebenaran.
.
6 ciri personaliti yang diterangkan dalam hadith itu adalah ciri-ciri manusia biasa yang semua orang dapat memilikinya.
Semua jenis kepimpinan - politik, bisnes, kemasyarakatan, organisasi - dapat mengaplikasi hadith ini.
Pemimpin bukan Islam pun dapat memanfaatkan hadith ini.
.
Susunan 6 ciri personaliti itu sangat menarik.
Sebagai contoh, personaliti yang paling atas adalah "menyambung tali persaudaraan" manakala ciri yang paling bawah adalah "membela kebenaran".
Bahawa ciri "meraikan tetamu" diletakkan lebih tinggi daripada "membela kebenaran"
Menyambung tali persaudaraan adalah kemahiran sosial.
+ Pandai bergaul
+ Pandai berkawan
+ Banyak sahabat
+ Popular, disenangi oleh semua orang
+ Tidak membenci sesiapa
+ Tidak berklik-klik, bertim-tim, berpuak-puak
+ Tidak kata-mengata
+ Tidak tuduh-menuduh
+ Sentiasa bersangka baik terhadap orang lain
+ Tidak berkonflik
+ Tidak bermusuh
.
Banyak berlaku, atas nama "membela kebenaran" (ciri paling bawah), kita merosakkan tali persaudaraan (ciri paling atas).
Tidak kurang menariknya adalah ciri personaliti kreatif, yakni "suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada" diletakkan lebih tinggi daripada ciri "membela kebenaran".
.
Syarikat ABS Holdings Sdn Bhd menjadikan 6 ciri itu sebagai ciri 'personaliti organisasi'-nya.
Sebagai contoh, untuk ciri "menyambung tali persaudaraan" ahli lembaga pengarah dan staff ABS Holdings sentiasa menjaga hubungan baik dengan syarikat-syarikat lain, tolong-menolong, bekerjasama, tidak bersaing hanya berlumba-lumba.
Rangkaian Tadika ABS juga menjadikan 6 ciri personaliti di atas sebagai asas pendidikan sahsiah pelajar-pelajarnya.
.
Hadith ini layak dijadikan asas apabila mendesain isi kandungan silabus dan modul program latihan kepimpinan.
Pada masa ini, apabila kita bercakap tentang ciri-ciri kepimpinan, kita banyak menggunakan ciri-ciri pemimpin yang disenaraikan oleh penyelidik Barat.
Tidak kurang juga yang menyebut ciri-ciri pemimpin di mana ciri-ciri itu hanya berdasarkan pendapat peribadi orang yang bercakap itu.
Hasilnya, para peserta program kepimpinan itu keluar dengan sikap-sikap keras, abrasif, suka berdebat, berani melawan (baca, berani berkonflik, bermusuh).
...

Sunday, 3 August 2014

BILA USAHAWAN BERMULA


LAKARAN KEUSAHAWANAN JUTAWAN PERKATAAN.

PELAJARAN PERTAMA:

Protege adalah seseorang atau sekumpulan orang yang dibimbing dan disokong oleh orang yang lebih tua, berpengaruh dan berpengalaman.

Maka semalam bermulalah pelajaran pertama dari 66 pelajaran yang saya janjikan kepada anak anak. Saya bermula dengan analogi bas sambil buat lakaran syarikat syarikat.

Kata saya, "get the right people on the bus". Pastikan siapa bersama kita. Bukan destinasi yang utama. Saya ulangi siapa. Pilihan teman yang salah atas bas akan menyusahkan kita.

Pastikan teman yang betul dalam perjalanan keusahawanan. Keluarkan orang yang salah dari bas sebelum perjalanan bermula. Letakkan orang yang betul pada seat yang betul.

DISIPLIN pertama. Mulakan dengan teman perjalanan kemudian baharu pilih laluan. Klasfikasikan teman kepada tiga: THORBAEK, Hebat dan Lupakan.

Uruskan syarikat besar dengan orang yang sedikit. Bina pasukan Juara, bukan dengan mereka yang berpura pura. Kita bermain dengan corak menyerang. Bukan dengan saling berpandangan.

Baca buku Bagaimana Lee Iacocca menukar syarikat Crysler dari rugi $1.1 B pada tahun 1979 kepada untung $800 juta pada tahun 1983. Kisah klasik. baca juga buku Good to Great, tulisan Jim Collins dalam rak buku diperpustakaan .

Kata kuncinya "orang yang betul".

PEMBELAJARAN KETIGA




AKARAN KEUSAHAWANAN JUTAWAN PERKATAAN.

PEMBELAJARAN KETIGA.

Sebelum bisnes berkembang pesat dalam tempoh permulaan, saya perihalkan 8 perkara kepada anak anak. Pertama sediakan diri. Ini modal terpenting. 
MODAL DIRI.

Kemudian kedua, benihkan idea. Belajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Belajar dengan bertalaqqi. Belajar berdepan depan. Belajar dengan orang yang pakar.


Keempat, untuk menjadi usahawan kita mesti membina deretan teman teman kelas A. Rangkaian sokongan ini sungguh penting. Ianya bermakna apabila kita mula memasuki planet bisnes besar nanti.

Kelima, sekali lagi berfikir. Fikir dengan mendalam.

Keenam, sentiasa ingat kurangkan kos. Kawal kos.

Ketujuh, bisnes perlu berkembang dahulu baharulah ia memperolehi pembiayaan dari bank dan kerajaan. Groom Big.

Dan kelapan, saya ingatkan dalam sesi petang ini, betapa cetakan halus dalam perjanjian selalu memerangkap kita. Kata kuncinya perhatikan cetakan halus.
The flow... Employed, self-employed, bsiness owner, investor...

kata kunci tetap ilmu. Seorang pegawai kerajaan boleh jadi intrapreneur. Dia boleh lompat terus pada investor. namun dia perlu belajar apa yang ada dalam Planet Bisnes. Bukan terus lompat tanpa ada ilmu secukupnya. Usah cepat rasa pandai. Itu hakikat yang semua orang perlu tekuni. Pembelajaran tidak pernah tamat.

GURU MUDA

Dato sangat suka belajar dan beliau mula belajar dengan orang orang muda, Antara sosok muda yang Dato gemar ialah tuan muda faz reen. 

 APA KATA TUAN MUDA FAZ REEN.

1. If you have zero skills as a copywriter then everything you write will be boring. Tips untuk bermain dengan content marketing. Dalam content marketing, content ialah produk kita. Content ialah produk yang biasa, yang susah untuk kita ubah. Tapi kita boleh berinovasi dengan cara kita present content tersebut.

2. Should I care about margins? No. Care about revenues. Business is about creating demand. Tak ada orang kaya dengan sebatang pokok getah.
Tak ada orang kaya dengan sebuah rumah.
Tak ada orang kaya dengan seekor lembu.

3. It’s not just about being small, it’s about doing more with less.
You don't need 100 people to develop that idea.

4. Gua orang bisnes. Bisnes gua boleh berjalan tanpa ada gua. Apa guna ada student A+. Student C kan hire student A+. Bill Gates kata.

5. Umur hanya angka. Kematangan ialah pilihan.

6. Apabila ada orang tegur dan anda rasa tersinggung, itu ego namanya.
Don't talk to me melayu perlu support melayu dan main isu barang islam.
That's bullshit. Dalam bisnes lu ada wang lu boleh cakap. Lu tak da wang lu pergi buat kopi.

7. Tahun 2014 ini saya banyak fokus pada Instagram. Sudah ada 3 akaun (label/brand) yang sedang jadi mesin duit di sana. As usual, I'm doing internet thingy for fun. Facebook?

Boleh saya katakan, selagi ada pengguna Malaysia, anda mampu buat duit tapi perlu berstrategi. But then don't chase the money. Duit, tidak pernah cukup.

Chase your vision, chase your dreams.
Tahun lepas, sebelum masuk Januari 2014 saya ada buka coaching untuk FB Ads dengan harga RM100. Terus terang saya cakap, saya dah bosan dengan FB Ads ni. I need something fresh to play with.

8. Saya sudah berjumpa dengan ramai orang yang nak belajar tentang FB Ads. Problem mereka bukan pada teknikal FB ads itu tapi lebih kepada memahami segmen pelanggan dan marketing strategi.

Mereka tidak faham siapa pelanggan produk mereka.
Marketing strategi bermula daripada siapa pelanggan kita.

9. Tip mengembangkan bisnes:
Jangan buat pelaburan baru sebab kita sudah ada duit yang hendak dibakar!

10. Tuan tuan ingat saya akan tahu tentang selok belok menguruskan bisnes kalau saya tidak "berkuli" di ABS? Sampai mati saya sangkut dengan skill "internet" sahaja kalau saya tidak terima tawaran sapu sampah di ABS.