Tuesday, 2 September 2014

Rahsia Kejayaan

APAKAH YANG MENYEBABKAN KITA BERJAYA?

1. SEMANGAT yang membara. 
Kita digerakkan oleh hasrat mahu berjaya. Dorongan diri bukan kejar duit. Lakukan atas nama kasih sayang yang melimpah ruah. Rasa ingin menambah nilai dalam hidup orang lain. Apabila kita bantu selesaikan masalah orang lain, duit tetap datang bertandang mengetuk pintu kehidupan kita.

2. KERJA. 
Kerja keras. Tiada apa yang datang dengan mudah. Bekerja 12 jam sehari pada permulaan supaya sumpahan 3 tahun dapat kita atasi. Seonok untuk mematikan sumpahan puaka 93% itu.

3. Lakukan sebaik mungkin. Itu timbul perkataan PAKAR.
 Buat sesuatu sehingga orang iktiraf kita. Buat buat buat sampai dapat. Usah tunggu sehingga jadi terbaik baru mahu buat. Terbaik itu musuh kepada baik. Mulakan juga walaupun baru merangkak.

4. FOKUS. 
Buat satu perkara pada satu masa dan buat banyak perkara untuk satu edah masa.

5. DORONG DIRI. 
Ada desakan dalaman untuk berjaya. Benar tidak mudah mahu dorong diri. Itu sebab kita ada emak masa kecil dan ada mentor masa berusia.

6. BERI KHIDMAT. AMBIL BERAT. 
Jutawan yang berkekalan mementingkan khidmat berkesan. Ia memanggil pelanggan berulang.

7. IDEA. 
Bernaskan idea dalam minda. Usah biarkan idea masuk dalam hati. Nanti ia jadi dinding kebodohan diri. Idea muncul apabila kita dengar, perhati, besarkan RIT (rasa ingin tahu), tanya soalan, selesaikan masalah dan buat hubungan bernetworking.

8. GIGIH, NEKAD dan TABAH. 
Gigih dan tekun berusaha. Ia melepasi tahap rajin. Nekad untuk tidak berundur walaupun rugi mendatangi kita. Tabah menempuh dugaan. Tidak undur apabila berdepan penolakan, tebal muka apabila dikritik. Usah peduli pada mereka yang mabuk mencemuh kita. Tekanan tidak melemahkan kita.

No comments:

Post a Comment