Wednesday, 10 September 2014

Tip Memilih Rakan-Kongsi

Rakan-kongsi adalah individu yang sama-sama berkongsi modal dengan kita apabila membuka syarikat.
Dalam syarikat PLT ataupun sdn bhd, nama rakan-kongsi ada tertulis dalam dokumen-dokumen penubuhan syarikat.
Individu itu mempunyai saham, dan dia juga menjadi ahli lembaga pengarah (ALP) syarikat sdn bhd.
.
+ Berapakah jumlah rakan-kongsi yang ideal?
Tiga orang rakan-kongsi adalah ideal untuk syarikat yang baru didaftarkan.
Jangan hanya 2 orang, walaupun undang-undang tubuh syarikat membenarkan 2 orang ahli lembaga pengarah.
.
+ Apakah kombinasi ciri personaliti yang ideal antara 3 orang rakan-kongsi itu?
1 orang berpersonaliti Muhajirin. 2 orang berpersonaliti Ansar. Inilah kombinasi yang ideal.
Jangan semua 3 orang itu Muhajirin.
Jangan 2 orang Muhajirin, 1 Ansar.
Mesti ada 1 orang yang memiliki sumber modal yang banyak, dan dia sudah lama berniaga.

Muhajirin <---- entrepreneur
Ansar <--- intrapreneur

Entrepreneur memiliki bakat memulakan dan membangunkan bisnes. Dia ini dapat mencium di mana ada lubuk duit.

Dia ini mempunyai otak yang pintar logik-bisnes.
.
Intrapreneur membangunkan syarikat. Dia ini tidak pandai mencari lubuk duit. Tapi apabila sudah ada duit, dia ini pandai menjaga duit dan mengembangkan duit.

Dia ini mempunyai otak yang pintar logik-duit.
Logik-bisnes dan logik-duit tidak semestinya sama dan sekata.
Logik-bisnes dan logik-duit tidak semestinya sama dan sekata.
Membangunkan syarikat = company building

Banyak entrepreneur terkial-kial hendak membesarkan bisnesnya disebabkan dia tidak mempunyai partner yang mampu melakukan company-building.
Membangunkan syarikat = company building

Banyak entrepreneur terkial-kial hendak membesarkan bisnesnya disebabkan dia tidak mempunyai partner yang mampu melakukan company-building.

Company-building bukan hanya mengurus duit. Topik company-building ini sangat penting. Namun topik ini tidak dibincangkan.

Yang selalu disebut-sebut adalah topik 'mengurus bisnes' dan 'mengurus syarikat'. Bukan 'membangunkan syarikat'.


Syarikat yang kecil tidak dapat memanfaatkan peluang bisnes yang besar.Bak kata pepatah, jala yang kecil tidak dapat menangkap paus.

Bercakap tentang sale, marketing, revenue, profit, market share, adalah sangat mengujakan. Itu perkataan-perkataan yang amat seksi. Sungguh seksi. Lalu di situlah kita banyak berputar-putar bercakap.




No comments:

Post a Comment