Monday, 21 July 2014

Bisnes adalah tentang nilai

22072014

EKONOMI PERSAHABATAN PULAU JUTAWAN.
Tentang Nilai.

1. Nilai bisnes, produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan ditentukan sepenuhnya oleh pasaran (marketplace). 
Ramai usahawan tersilap. Mereka hidup dengan sangkaan bisnes mereka hebat. Hakikatnya pasaran tidak memberikan gred yang serupa.

2. Sebelum kita dapat selesaikan satu masalah yang mengancam masa depan syarikat kita, adalah wajar kita faham dulu masalah itu. Kita mesti faham masalah itu pada peringkat "butiran manik". Detailnya pemahaman banyak bergantung pada pengalaman. Anak muda daunan hijau sukar mahu faham permasalahan pada peringkat butiran manik.

3. Kita mesti pelajari sebanyak mungkin bisnes dalam sektor kita, samada syarikat itu lebih berjaya dari kita atau yang sama tara dengan kita. Telusuri cara pemasaran, pengurusan, pendekatan dan komunikasi korporat mereka.

Tekuni apa yang positif. Pelajari apa yang negatif. Positif untuk kita tiruvasi.
Perhati yang negatif supaya kita dapat kenal "gap" itu.

4. Kita sukar mahu dapat emphatic respect, pemahaman pasaran dan hubungan jiwa dengan pelanggan apabila kita tidak sanggup buat terjunan dalam sehingga menyentuh batu karang dunia pasaran untuk kutip mutiara maklumat berguna "mindset tulus luhur" dari pembeli dan bakal pembeli.
Dunia ini penuh lakonan drama. Kita boleh lena dipangkuan penglipur lara pelanggan pura pura apabila kita sekadar jadi pemilik bisnes yang bersandar pada kerusi empok dalam bilik berhawa dingin.

5. Belajar memahami mainan bolak balik dunia bisnes. Kita mesti ada upaya untuk ambil berat, ada talian hayat penghubung dan terus teruja bersemangat waja untuk terus kembara dalam lautan bergelora dunia bisnes ini.

Public Speaking Mastery

Kenapa semua orang harus pandai bercakap. Bercakap juga ada kemahiran tersendiri . 

Kepentingan bercakap kepada beberapa orang dalam peranan kerja masing-masing

1. Ceo: Tugas utama Ceo adalah jadi sumber inspirasi. Mendorong dan memotivasi dengan perkataan dan perkhabaran baik. Ada nya jawatan dan posisi belum cukup menjadikan orang ikut dan dengar kita apabila kita selalu jadi punca depresi. Orang akan menjauhi kita.

2. Trainer: Kita mesti menjadikan apa yang sukar itu mudah. Mempengaruhi mereka yang dalam bilik untuk mengikuti proses kita dengan menyampaikan secara jelas, terang dan tepat.

3. Ahli akademik: Kita mesti boleh memudahkan laporan 500 muka surat kepada dapatan mudah dengan ayat terindah. Tiada siapa mahu tahu bagaimana anda mendapatkannya. Minda mudah audiens hanya mahu tahu dapatan. Mampatkan ia dalam bentuk formula mudah ingat.

4. Peguam: Jadikan undang undang kompleks itu mudah faham pada rakyat jelata. Rakyat hanya tahu hukuman nya apa dan andai bersalah, masuk jel atau bayar denda.

5. Akauntan: Masukkan 100 nombor dalam spreadsheet itu dalam konteks. Audiens mahu tahu bottom line. Usah bebel tentang angka tanpa beri makna.

6. Guru dan Pensyarah: Terangkan konsep abstrak dan teori kepada pelajar supaya mereka faham dan dapat jawab soalan nati. Apa yang penting juga supaya mereka tidak tidur dalam kelas.

7.Trainee ataupun mereka yang baru bekerjaya: Tunjukkan kepada Ceo atau Chairman Company kita, betapa kita mampu menyampai dan buat persembahan. Segala yang payah dapat kita mudahkan dalam nyaman rasa, yakin diri dan impak maksima kepada audiens.

8. Pengarah Jualan: Kita mesti boleh meyakinkan orang untuk membeli produk dan khidmat kita tanpa mereka rasa memveli. Kita tidak jual. Kita berkongsi. Kita bantu mereka selesaikan masalah mereka.
Seorang Public Speaker mesti dapat menghitung kira bagaimana untuk keluarkan maklumat dari dalam minda kepada audiens dengan cara yang dapat difahami mereka. Diingati dengan jelas benderang dan mereka bangun untuk terus buat.

Inilah yang kita panggil "the skill of presenting". Satu skill yang tidak pernah kita pelajari di Universiti terkemuka dunia, tidak juga sepanjang 25 tahun di alam pekerjaan dan di medan usahawan, ataupun sewaktu kita bergelar Ceo.
Great presenters are created, not born.

Antara pekerjaan yang Dato sebutkan sebahagian besar mewakili peranan saya dalam kerja seharian.
1. ceo atau pengurus untuk miftah 
2. trainer motivator 
3. ahli akademik . Mengajar di KOlej dan beberapa universiti 
4. antara pilihan kerja dahulu adalah peguam 
5. 
6. Guru dan pensyarah
7. 
8. Pengarah jualan juga adalah pekerjaan saya